Wednesday, August 8, 2007

TERKEJUT BERUK

ADUH SALIHA............

Hari ini, sedang aku mengajar kelas 6AE1, tiba-tiba pejabat call kata aku kena buat lakonan dengan pelajar kat bilik INTEL. Alamak, aku mana ready, lagipun dia orang tak call awal-awal. Tak ready langsung. Tambahan pula komputer teacher console depa dah ambik bawa balik. Nasib baik aku ada laptop sendiri, dah instal program smart board dll. Kalau tak, mau aku mengajar pakai white board biasa aje. Padan muka dia orang. Lepas tu pulak nak ambik gambar budak pakai baju uniform sekolah, mana ada...kan ke hari ini hari Rabu, semua budak pakai uniform unit masing-masing. Pas tu pakai tangkap muat budak kelas lain yang buta komputer tapi pakai baju sekolah. Lantak kau orang le. hari ini betul-betul punya "berlakon", budak yang terpilih jadi pelakon tu langsung tak tau pasal CMPC...naya betul.Budak kelas 2KM2 jadi penonton aje..kesian dia orang, dah ready tapi tak jadi pelakon..kes naya. LAIN KALI TOLONGLE TELEFON...BIAR KAMI READY.

Jam 12.30 aku pergi ke SMK Permatang Tok Jaya bagi ceramah Geografi PMR kat sana. Kira OK gak le sambutan. Budak-budak tu pun nampaknya tertarik dengan persembahan aku(perasan ler tu). Lain kali boleh datang lagi.

Jam 2.00 Fadzli telefon aku suruh mesyuarat di PPD Selatan esok. Aku sebenarnya sibuk nak hantar anak aku FIRDAUS ke tuisyen, minta maaf le FADZLI. Dia merayu aku join sekali rombongan ke Pangkor next week. Kesian gak dia, aku tengok dulu keadaan, tapi 80% kira jadi le.

Firdaus habis tuisyen jam 6.30 petang, sampai kat rumah jam 7.00 petang. Pakat letih. Malam ni aku cadang nak update blog ni, bagi canggih sikit.

No comments: